Penerbangan
Got this one from email
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya
ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - Kubur
dan Akhirat.
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam
sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith.
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau
AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg,
tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada
caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau
setaraf dengannya tetapi kain putih kotton.
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,
tetapi air mawar dan cendana.
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau
American, tetapi Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
'Lailaillah'.
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
Izrail dan lain-lain.
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business
atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow
Airport atau Jeddah International, tetapi tanah
perkuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond
dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap
gelita.
Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam,
tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa
samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan
Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga
atau Neraka.
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di
mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir
sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya
percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan
dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak
perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan,
oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau
halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat
waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap
ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya
anda boleh!
Hanya ingat!!
Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu
ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????
3 Comments:
aku tak sedia lagi..
aku pun tak ready lagi.. tapi mau tak mau kena naik gak flight nihh
takut aku....aku byk dosa..
Post a Comment
<< Home