Inside My Brain, Nothing Much

Thursday, December 15, 2005

Syarat terbaru utk kahwin

1) 3 bulan slip gaji terkini
2) Pengesahan majikan
3) Tidak di black list oleh bank
4) Pembayaran tunai utk mas kahwin dan hantaran tidak dibenarkan
5) 10% deposit

... kes kes kes... macam nak beli kereta la plak... tak tau la apa nak jadi la ni... nak kawin pun payah

from Berita Harian
Mahkamah benar Nurul nikah berwali hakim
Oleh Betty Subaryati dan Shazwani Shamsuddin

PASIR MAS: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membenarkan permohonan bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk dinikahkan dengan teman lelakinya menggunakan wali hakim, selepas perkahwinan itu dihalang bapa gadis itu.

Hakim Syarie, Mohd Hazid Daud, membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif, Nurul Fadila Othman, 20, (gambar) mempunyai asas kukuh untuk menggunakan wali hakim.

Katanya, mahkamah membenarkan permohonan itu kerana plaintif berjaya mengemukakan dokumen penting yang disyaratkan bapanya selaku defendan, seperti status pekerjaan bakal suaminya.

Selain itu, mahkamah berpuas hati kerana plaintif mengemukakan bukti slip gaji yang turut disahkan majikan serta pengesahan calon suaminya itu mempunyai pekerjaan.

Mahkamah juga, katanya, mendapati calon suami Nurul Fadila adalah golongan berpendapatan sederhana serta ahli keluarganya tergolong keluarga yang sederhana.

“Defendan perlu menerima hakikat, plaintif sebelum ini pernah berbincang menggunakan budi bicara dengan ibunya, malah sebagai seorang anak dara, beliau mempunyai sifat malu serta sopan santun dan wajar berbuat demikian,” katanya.

Nurul Fadila dan teman lelakinya, lulusan bidang teknologi maklumat (IT) berusia 27 tahun, membuat tuntutan di mahkamah berikutan keengganan bapanya menjadi wali.

Mohd Hazid menasihatkan Othman menerima hakikat bahawa beliau tidak sepatutnya menghalang niat anaknya kerana dikhuatiri berlaku mudarat lebih besar.

Mohd Hazid berkata, surat keterangan yang dikemukakan defendan mengenai latar belakang calon suami anaknya itu, yang didakwa sebagai penagih dadah, tidak berasas.

Hakim berkata, kedua-dua pihak mempunyai tempoh 14 hari mengemukakan rayuan.

Othman berkata, beliau akan mengemukakan notis rayuan dan bertekad menghalang perkahwinan anaknya.

Nurul Fadila pula berkata, beliau akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat dan akan mencari seseorang yang layak menjadi walinya.

Ibunya, Rosnani Che Hassan, 51, serta seorang ibu saudara yang sentiasa menemaninya setiap kali prosiding itu, turut berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

1 Comments:

At 8:59 AM, Blogger Ahmad Javanese said...

mampoih tak kawin orang lepas ni
semua dok romen dalam semak

 

Post a Comment

<< Home