Inside My Brain, Nothing Much

Tuesday, January 17, 2006

Bandaraya Miri


Friday 6 January 2006, 6.30pm, bertolak dari Penang ke KL.. dalam pukul 6.45pm Golfaddix call aku tanya aku dah sampai Miri ke belum... heheh.. baru nak masuk tol Juru.. hujan lebat start from Penang sampai KL.. sampai kl aroun 11.30pm and terus lelap sebab esok nak kena pegi KLIA awal, flight to Miri pukul 7.30am

Saturday 7 January 2006, 4.30am, dah kena bangun sebab nak kena bertolak ke KLIA.. mak aiii punya la sejuk... mandi stail P. Ramle laa.. then lepas siap2 semua nak kena gerak Qistina plak.. sib baik dia tak menangis + tak buat perangai.. then dalam pukul 5.00am, pegi KLIA.. sampai sana dalam pukul 6.00 pm and tunggu subuh masuk waktu and solat at KLIA... punya la sejuk aircond kat surau tu.. then 7.30am dah dok dalam flight and bila flight jalan ja, aku pun jalan... zzzzzz....zzzzz...zzz..

then terjaga sebab terbau nasik lemak Air Asia.. punya la wangi and breakfast ngan nasi lemak Air Asia Rm8.00 + Air Mineral RM2.00... then sampai Miri dalam pukul 10.00 am ++.. terus pegi checkin dekat hotel Pacific Orient (betul ka, aku dah lupa nama hotel tuh).. pukul 11.30am pegi lunch dekat gerai tepi hotel tu.. masakan nasi goreng ok la jugak tapi utk alas perut ja sebab more to come la..

Pukul 12.00pm ++ camtu headed to Gua Niah, send a short sms to Golfaddix inform dia dah sampai Miri and nak pegi Gua Niah... ingat dekat ja Gua Niah, tapi it take 1 hour journey laa... mak aiii.. macam dari Penang pegi Aloq Setaq... sampai sana dekat pukul 2.. masuk Muzium dia and snap 2-3 picture then kena marah dengan guard sebab kat situ tak leh snap picture (dalam muzium).. sori la guard.. tak perasan ada notis kata dilarang mengambil gambar... then lepas jalan2 dalam muzium tu baca apa lebih kurang, then kena naik bot ke seberang sungai kalau nak pegi Gua Niah.. then seberang sana kena RM2.00 per head... naik la jugak sebab ingat kalau dah sampai seberang sana dah sampai Gua Niah.. tapi kena jalan kaki laa.. dalam 45 minit lagi baru sampai Gua Niah and aku pikir tak yah pi la sebab kesian dekat wife ngan anak aku..

Dalam pukul 5.00pm, lepas Asaq teruih balik and ronda2 dekat jalan tepi Pantai and found that rumah dekat dekat pantai tu punya gedebak punya besar... macam Istana.. and ada satu rumah tu macam MAhkamah kat Penang ni.. then my fren told me that, kat sini semua rumah org2 kaya.. aku ingat la.. kalau rumah2 macam tu kat penang cuma rumah Gabenor, rumah TYT and so on.. aku dengar kat kawasan tu jugak ada rumah Chinese yang buat projek empangan Bakun... rumah dia atas bukit and dia pagar satu bukit tu... gila babi sungguh org kaya kat Miri nihh..

Pukul 6.30pm, dah gelap.. memula tu aku ingat dah pukul 8 dah... tengok jam baru pukul 6.30...hmmm... nak kena ejas time la cam nihhh... lepas tu aku pegi Pasar MAlam dekat tempat named Seberkas.. macam macam ada... lepas Pasar Malam tu, my fren bawak ke tempat makan and dia ada mentioned nama tapi aku lupa... then received sms dari Golfaddix tanya aku kat mana.. aku kata aku ada dekat kedai makan seafood yang landmark dia ada kuda belang 2 ekoq... then dia kata kat situ nama dia Tanjong Lobang... Yes Tanjomg Lobang... makan ikan siakapa bakar, udang galah masak cabai, sup, kankung goreng belacan, sotong.. perghhhh... alurppp!! yang penting sekali murah! lepas tu dalam pukul 9 balik lena and kunci jam nak tengok game Libepul vs Luton.. jam bunyi then baru realize that kat hotel tu cuma ada cenel 80 jaa.. then aku sambung tido balik...

Sunday 8 January 2006, 7.00am, bangun pagi, sembahyang Subuh (Subuh Gajah), breakfast.. then masuk bilik sambung tido.. bangun back around 9.00am, mandi cause we have 2 tempat nak pegi.. 1st is Pasar Tamu Muhibbah and 2nd nak cari barang2 utk ole ole bawak balik Penang.. pukul 10.00am gerak pegi Pasar Tamu.. kat sana lebih kurang wet market ja.. tapi barang dia murah murah especially sayur ngan udang.. udang galah XL size harga sekilo RM28.. kat Penang kalau tak silap aku harga dalam RM50 - RM60 sekilo.. according to my fren kalau kat pegi beli dekat pemancing lagi murah dalam RM15 sekilo... hmmm.. ingat nak beli bawak balik tapi aku tatau camna nak bawak balik then aku tak beli... aku beli beras bario... hahaha.. tatau rasa macammana beras bario nihh.. satu lagi kat sini yang mahal adalah daging lembu... sekilo dlm RM35.. punya mahai.. then lepas tu pegi lunch dekat another gerai dekat hotel gak.. aku pun baru baru terperasan kalau lauk ayam goreng cuma ada chicken wing.. aku try cari drumstick tak dak... semua chicken wing.. then ask my fren then dia kata kat most semua makan chicken wing.. lepas lunch balik ke hotel and lps tu jalan2 cari ikan terubuk masin and barang2 nak shopping bawak balik.. malam my fren bawak pegi bukit Kanada.. i dont know why panggil Bukit Kanada but kat situ la the 1st telaga minyak discover plus dia punya pemandangan boleh nampak satu Miri.. superb..!

Monday 9 January 2006, bangun pagi dan and breakfast.. pukul 10.00 am my fren dah tunggu dekat lobi and dia amik leave sebab esok nak raya haji ka or nak bawak aku and family jalan tapi dia kata dia amik cuti sebab kena beli barang2 utk raya esok.. nevermind laa.. and thank him a lot.. Zul, I owe you so much! check out pukui 2.00pm.. pukul 10 tu dia bawak pegi tunjuk pantai yang first jepun mendarat .. dia kata kat sini banyak bom2 yang tak meletup lagi.. so aku ajak dia blah la.. satgi terpijak bom ka apa ka.. naya jaa tak leh raya haji.. then dia tunjuk trek budak2 Miri drag.. perghhh.. memang sempoi.. trek ni dulu asalnya Shell punya airport tapi dah tak guna dah.. then boleh gak tengok budak2 Miri layan drag 400 meter.. gila betui.. masa aku sampai tu ada 2 bijik keta nak tengah test.. sebijik Toyota KE 10.. sezaman ford escort.. gila old skool... pakai enjin supercharger levin 4ag main ngan Subaru Impreza yang latest punya.. owner tu budak Brunei.. i heard that depa bet around 30K Brunei Dollar... gila betul... aku tengok starting sampai habis and guess what? Subaru kena titik denga Toyota Ke 10 aka Toyota Buah kana bak org penang kata... gila punya laju toyota tuhhh... then banyak lagi keta aku tengok kat situ.. Skyline r34, RX7, Evo7, Satria enjin GSR, Mazda 323 convert to B8 enjin nissan Sr13 pun ada.. tapi yang semua keta mahai2 macam skyline, rx7 tu semua akau rasa budak2 Brunei.. kat sana keta murah.. kat sana Vios cuma 18K Brunei Dollar kalau convert RM baru rm36K.. gila betul punya murah...

lepas tu kitaorg gerak pegi Taman Buaya.. just melawat ja la.. then lepas tu cari kotak nak packing barang2.. balik hotel kemas apa yang patut and we off to airport .. sampai KLIA terus balik Penang sebab esok nak raya beb!

12 Comments:

At 1:37 PM, Blogger PrincessRen said...

hahah.. mmg sempoi hang punyer report. wah hang dah samapai miri yek? i pun belum sampai lagi kat sana.. soon i hope. buatlaaa satu gallery gambar trip hang kat miri...

 
At 2:29 PM, Blogger JohnLabu said...

hahahah... sempoi gila Miri.. aku ingat memula tu nak ajak memba aku pegi Kuching.. last2 aku dengar 12jam perjalanan kalau naik keta aku batalkan la niat nak pegi tu

 
At 7:48 PM, Blogger Kaki Bangku said...

woi mana gambir aku!

 
At 8:13 AM, Blogger JohnLabu said...

fitt.. aku beli kat ang.. heheheh.. nak post ka nak pass nanti pi kl bila2.. heheh.. mahal oo gambir..

 
At 11:21 AM, Blogger kiranakia said...

john.hang beli apa untuk aku yang comel nie...?

 
At 11:40 AM, Blogger JohnLabu said...

aku beli ikan terubuk masin.. ang mau ka.. mai la amik kat rumah aku

 
At 8:43 PM, Anonymous sad said...

Shopping nampak......

 
At 8:49 AM, Blogger JohnLabu said...

shopping raya haji

 
At 11:24 AM, Blogger kiranakia said...

john..hang boh la kat umah mak ngan aku tu..nanti hujung bulan aku pi amik..aku balik sg acheh raya cina nie..hehehe

 
At 12:30 PM, Blogger eddie said...

uih
johnny, exectly time ang ada kat KLIA tu, 7:30 tuh aku pun ada sana, aku hantaq mak aku naik AirAsia pi Kota Baru.. Flight 7:45 pagi.. how come termiss ang & family?
wahhh..

 
At 1:02 AM, Blogger Golf Addix said...

apa lah kao ni labu. malam liverpool game tu , aku anak beranak dah standby nak ajak kao anak beranak dtg tidur rumah wa. tak le besor rumah aku macam kat luak bay tu. tapi ada lah bilik spare and katil utk anak bini kau tidor while kita menjerit jerit tengok bola....
anyway , aku sedih tak dapat jumpa hang. tak pe mana tahu hang simpan duit dtg miri lagi.
to other liverpudian , dtg miri tepon wa.

apa daaa labu....

 
At 8:34 AM, Blogger JohnLabu said...

GolfAddix.. gua tgh planning dalam bulan 8 nak pegi Miri and terus gi Brunei.. nak pi tengok masjid yang kubah dia buat dari gold plated tu.. InsyaAllah aku sampai sekali lagi

 

Post a Comment

<< Home