Inside My Brain, Nothing Much

Wednesday, December 14, 2005

Duit Palsu

got this one from Berita harian.. so mengikut Islam, perkahwinan tu adalah sah (aku rasa la, correct me if wrong).. but takkan bakal menantu sanggup menipu and takkan org/mentua/ipar/tok imam/tok kadi tak perasan duit hantarana dalam album tu duit palsu... aku rasa mesti lepas ni sebelum angkat nikah, depa akan keluarkan duit tu akn kira manually depan pengantin dan depan tok kadi... 8k banyak tuhhh


Hantaran RM8,000 duit palsu

TUMPAT: Seorang pengantin lelaki ditahan polis pada malam pertama perkahwinannya, kelmarin kerana menggunakan wang palsu cetakan komputer berjumlah RM8,000 sebagai hantaran.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di rumah pengantin perempuan di Kampung Kubang Batang dekat sini, jam 10 malam selepas keluarga isterinya membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini.

Penipuan itu disedari bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh Imam Masjid Kubang Batang, Mat Hussin Yusoff, 48.

Keluarga wanita berkenaan, bakal guru berusia 23 tahun, terkejut mendapati semua wang kertas RM100 itu hanya mempunyai cetakan bahagian depan, manakala belakangnya kertas putih.

Mat Hussin yang ditemui di rumahnya di Wakaf Bharu berkata, ketika hendak menikahkan pasangan berkenaan, beliau mencurigai wang hantaran yang dimasukkan dalam sebuah album itu kerana warnanya agak pudar.

"Sebelum akad nikah berlangsung, saya memeriksa wang hantaran itu. Meskipun mencurigai kerana warnanya pudar, saya meneruskan akad nikah," katanya.

Sebaik selesai akad nikah, wang hantaran itu diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan dan Mat Hussin memenuhi jemputan mengadakan solat hajat di rumah seorang penduduk kampung.

"Ketika berada di rumah itu, saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara pengantin perempuan, yang meminta ke rumahnya. Saya dimaklumkan wang hantaran itu palsu dan disedari ketika ahli keluarga pengantin perempuan mengiranya," katanya.

Beliau menghubungi Majlis Agama Islam Kelantan untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan pasangan berkenaan.

"Pernikahan itu sah mengikut hukum, keluarga pengantin perempuan diarah membuat laporan polis," katanya.

3 Comments:

At 11:41 AM, Blogger eddie said...

masa aku kawen dulu aku buat bank draft jer.. di jamin sah oleh maybank... adik aku kawen kitorang suruh buat sijil simpanan premium BSN tuh... senang, sah and secure, kalau ilang bank draf/ sijil SSP tuh pun duit boleh claim dari bank..

 
At 5:11 PM, Blogger JohnLabu said...

tak pun buat simpanan tetap.. lepas angkat nikah and nak masuk tidoq baru bleh cash.. kuii kuii kuiiiiiiiii

 
At 9:30 AM, Blogger Ahmad Javanese said...

aku buat bank draft gak

lagik selamat

ntah2 mamat ni dia pakai duit zaman2 sekolah rendah dulu kot? Kan ke ada duit2 palsu yang dibenarkan zaman2 dolu kala?
hehehehe

ampeshhhh

 

Post a Comment

<< Home