Inside My Brain, Nothing Much

Monday, December 05, 2005

Queen of the world


Nicol Ann David, I'm so proud of you..

Nicol David juara skuasy dunia
source: Berita Harian

HONG KONG: Ratu skuasy negara, Nicol David meraih pencapaian terbesar dalam kariernya apabila menjuarai Terbuka Dunia di sini semalam, selepas menundukkan pilihan utama, Rachael Grinham dari Australia.

Pemain berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu bangkit daripada kekalahan pada set pertama sebelum mengatasi cabaran sengit Grinham, pemain nombor dua dunia, 8-10, 9-2, 9-6, 9-7 dalam pertarungan selama 65 minit.

Ia kejayaan berganda buat Nicol, yang kelmarin mengesahkan kedudukannya sebagai pemain skuasy wanita nombor satu dunia dalam ranking yang akan dikeluarkan Januari ini selepas berjaya mengalahkan Vanessa Atkinson dari Belanda pada separuh akhir.

Nicol sebelum ini mencatat sejarah sebagai pemain wanita pertama dari Malaysia dan Asia menjuarai Terbuka British di Manchester dua bulan lalu.

Beliau juga sudah memenangi 10 kejuaraan dalam sirkit profesional sejak 2000 selain dua kali menjadi juara remaja dunia pada 1999 dan 2001.

“Saya masih tak percaya saya juara Terbuka Dunia. Ini satu mimpi yang menjadi nyata buat saya... baru malam semalam (kelmarin), saya menjadi pemain nombor satu dunia walaupun ia masih belum rasmi lagi,” kata Nicol, yang menghadiahkan kemenangan itu kepada ibu bapanya, Desmond David dan Ann-Marie David.

“Ini tahun gemilang saya. Saya bangga dan mahu mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk penyokong yang sanggup datang dari Pulau Pinang,” katanya yang meraih hadiah RM40,000.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home