Dating = Tetak
Terbaca this one from Harian Metro Online.. bahaya oo sekarang ni... sib baik aku dah kaween dah.. kalau tidak mau kena tetak jugak aku ni.. heheheh :P
Edisi Utara: Kena tetak!
Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my
TASEK GELUGOR: Seorang remaja cedera di tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mendakwa mangsa membawa anak perempuannya keluar bersiar-siar.
Kejadian berlaku jam 9 pagi semalam di sebuah kedai kopi di Kampung Selamat apabila suspek berusia 56 tahun membawa parang dan memasuki kedai berkenaan.
Kebetulan mangsa yang berusia 16 tahun berada dalam kedai berkenaan yang juga milik bapanya.
Sebaik ternampak mangsa, suspek menyerangnya tetapi mangsa cuba mempertahankan diri menggunakan tangan kiri menyebabkan dia mengalami kecederaan.
Difahamkan, suspek turut menjerit mahu membunuh mangsa kerana mendakwa remaja lelaki itu membawa anak perempuannya yang berusia 20-an bersiar-siar.
Pemilik kedai berkenaan yang melihat kejadian itu cuba membantu anaknya dengan mengambil kerusi dan menghalang suspek sambil dibantu beberapa pelanggan yang berada dalam kedai.
Suspek kemudian ditahan sebelum diserahkan kepada polis manakala mangsa yang cedera di tangan kiri menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Mazlan Lazim mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam manakala suspek dihadapkan ke Mahkamah Masjistret, di sini, hari ini untuk perintah tahanan reman
7 Comments:
uik, asal dia pi tetak budak laki tuh, bukan budak laki tuh yg kidnap anak pompuan dia.. anak pompuan dia suka rela ikut laki tu.. patut dia tanya diri sendiri awat anak dia pi ikut laki tuh, kalau tak boleh kawal anak anak pompuan sendiri bukan salah orang lain la tu...
eh jap , anak pompuan dia umur 20 tahun dah.. ikut dia la nak kuwa dengan siapa.. dah besaq panjang.. over la plak pakcik nie pi tetak orang hehehe..
tu kira ok la jantan tu pi hantaq balik rumah dia.. kalau dia bawak pi rogol ka, pi akikah ramai2 tu bukan takat tetak ja aku sokong, sembelih pun aku sokong.. sib baik aku keluar dating ngan wife aku dulu pak mentua aku tak tetak telinga aku... kes kes kesssss
mak pak mertua ang sayang ang hehehehe aku sayang beehoon goreng dia :P
pakcik tu jeles sbb anak pompuan dia keluaq ngan budak laki tu. selama ni dia dok sumbang mahram kot... dia jeles la ada org lain interested kat puki anak dia kot.. dia takleh conquer sorang2 dah
hahahaha...
kyou're infected. ko pergi baca
kat sini
pungkoq haramk juboq harapahhkasdlkjasd
linkon!!!
Post a Comment
<< Home