Inside My Brain, Nothing Much

Friday, January 20, 2006

Important note to everyone

Please turn on your tv this sunday 11.35pm at channel 81, they will be match of the week between Liverpool vs Manchester United.. You'll never walk alone..

oso this saturday, MPPJ vs Penang.. Haria Penang Haria

Blackout


semalam tengah dok syok layan cita siam "Lizard Woman" kat cenel 20 tiba2 blackout la plak.. ampeh betul.. cita siam tu best jugak cita pasai hantu cicak.. tiba2 teringat plak nak layan movie siam "Long Kong" (betui ka spelling?).. memba aku kata best jugak cita tu... berbalik pada blackout tadi, aku ingat sat saja, last2 dari 8.30 sampai pukui 1.00 am tak dak karan.. Fuck TNB.. aku call tnb tanya pasai apa blackout, then TNB punya pic tu cakap ada problem apa ntah.. dia kata thy will fixed around 1/2 to 1 hour.. penipu punya TNB.. kesian kat Qistina, berpeluh2 dia tido

Thursday, January 19, 2006

Penerbangan

Got this one from email

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya
ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - Kubur
dan Akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam
sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau
AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg,
tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada
caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau
setaraf dengannya tetapi kain putih kotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,
tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau
American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
'Lailaillah'.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
Izrail dan lain-lain.

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business
atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow
Airport atau Jeddah International, tetapi tanah
perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond
dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap
gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam,
tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa
samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan
Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga
atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di
mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir
sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya
percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan
dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak
perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan,
oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau
halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat
waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap
ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya
anda boleh!

Hanya ingat!!

Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu
ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????

Tuesday, January 17, 2006

Celebration Of G-Tek Nite


Last Saturday, 14/01/2006 dinner kilang aku dekat Pearl Island Golf kat Bayan Lepas.. tak dak apa yang menarik cuma makan ja.. dah la jauh.. ditambahkan lagi lucky draw aku tak dapat apa.. 6 tahun aku kerja kat sini sekali ja aku dapat microwave.. yang lain cuma telan ayaq liuq ja la tgk org dapat grand prize.. tahun ni toshiba bomba 29" dapat kat indon.. ampehh... sib baik 34" dapat kat operator melayu tu.. mmg best la makcik tu... aku gak yang dok tgk depa seronok amik hadiah.. aku seronok? lain tahun kot?

Bandaraya Miri


Friday 6 January 2006, 6.30pm, bertolak dari Penang ke KL.. dalam pukul 6.45pm Golfaddix call aku tanya aku dah sampai Miri ke belum... heheh.. baru nak masuk tol Juru.. hujan lebat start from Penang sampai KL.. sampai kl aroun 11.30pm and terus lelap sebab esok nak kena pegi KLIA awal, flight to Miri pukul 7.30am

Saturday 7 January 2006, 4.30am, dah kena bangun sebab nak kena bertolak ke KLIA.. mak aiii punya la sejuk... mandi stail P. Ramle laa.. then lepas siap2 semua nak kena gerak Qistina plak.. sib baik dia tak menangis + tak buat perangai.. then dalam pukul 5.00am, pegi KLIA.. sampai sana dalam pukul 6.00 pm and tunggu subuh masuk waktu and solat at KLIA... punya la sejuk aircond kat surau tu.. then 7.30am dah dok dalam flight and bila flight jalan ja, aku pun jalan... zzzzzz....zzzzz...zzz..

then terjaga sebab terbau nasik lemak Air Asia.. punya la wangi and breakfast ngan nasi lemak Air Asia Rm8.00 + Air Mineral RM2.00... then sampai Miri dalam pukul 10.00 am ++.. terus pegi checkin dekat hotel Pacific Orient (betul ka, aku dah lupa nama hotel tuh).. pukul 11.30am pegi lunch dekat gerai tepi hotel tu.. masakan nasi goreng ok la jugak tapi utk alas perut ja sebab more to come la..

Pukul 12.00pm ++ camtu headed to Gua Niah, send a short sms to Golfaddix inform dia dah sampai Miri and nak pegi Gua Niah... ingat dekat ja Gua Niah, tapi it take 1 hour journey laa... mak aiii.. macam dari Penang pegi Aloq Setaq... sampai sana dekat pukul 2.. masuk Muzium dia and snap 2-3 picture then kena marah dengan guard sebab kat situ tak leh snap picture (dalam muzium).. sori la guard.. tak perasan ada notis kata dilarang mengambil gambar... then lepas jalan2 dalam muzium tu baca apa lebih kurang, then kena naik bot ke seberang sungai kalau nak pegi Gua Niah.. then seberang sana kena RM2.00 per head... naik la jugak sebab ingat kalau dah sampai seberang sana dah sampai Gua Niah.. tapi kena jalan kaki laa.. dalam 45 minit lagi baru sampai Gua Niah and aku pikir tak yah pi la sebab kesian dekat wife ngan anak aku..

Dalam pukul 5.00pm, lepas Asaq teruih balik and ronda2 dekat jalan tepi Pantai and found that rumah dekat dekat pantai tu punya gedebak punya besar... macam Istana.. and ada satu rumah tu macam MAhkamah kat Penang ni.. then my fren told me that, kat sini semua rumah org2 kaya.. aku ingat la.. kalau rumah2 macam tu kat penang cuma rumah Gabenor, rumah TYT and so on.. aku dengar kat kawasan tu jugak ada rumah Chinese yang buat projek empangan Bakun... rumah dia atas bukit and dia pagar satu bukit tu... gila babi sungguh org kaya kat Miri nihh..

Pukul 6.30pm, dah gelap.. memula tu aku ingat dah pukul 8 dah... tengok jam baru pukul 6.30...hmmm... nak kena ejas time la cam nihhh... lepas tu aku pegi Pasar MAlam dekat tempat named Seberkas.. macam macam ada... lepas Pasar Malam tu, my fren bawak ke tempat makan and dia ada mentioned nama tapi aku lupa... then received sms dari Golfaddix tanya aku kat mana.. aku kata aku ada dekat kedai makan seafood yang landmark dia ada kuda belang 2 ekoq... then dia kata kat situ nama dia Tanjong Lobang... Yes Tanjomg Lobang... makan ikan siakapa bakar, udang galah masak cabai, sup, kankung goreng belacan, sotong.. perghhhh... alurppp!! yang penting sekali murah! lepas tu dalam pukul 9 balik lena and kunci jam nak tengok game Libepul vs Luton.. jam bunyi then baru realize that kat hotel tu cuma ada cenel 80 jaa.. then aku sambung tido balik...

Sunday 8 January 2006, 7.00am, bangun pagi, sembahyang Subuh (Subuh Gajah), breakfast.. then masuk bilik sambung tido.. bangun back around 9.00am, mandi cause we have 2 tempat nak pegi.. 1st is Pasar Tamu Muhibbah and 2nd nak cari barang2 utk ole ole bawak balik Penang.. pukul 10.00am gerak pegi Pasar Tamu.. kat sana lebih kurang wet market ja.. tapi barang dia murah murah especially sayur ngan udang.. udang galah XL size harga sekilo RM28.. kat Penang kalau tak silap aku harga dalam RM50 - RM60 sekilo.. according to my fren kalau kat pegi beli dekat pemancing lagi murah dalam RM15 sekilo... hmmm.. ingat nak beli bawak balik tapi aku tatau camna nak bawak balik then aku tak beli... aku beli beras bario... hahaha.. tatau rasa macammana beras bario nihh.. satu lagi kat sini yang mahal adalah daging lembu... sekilo dlm RM35.. punya mahai.. then lepas tu pegi lunch dekat another gerai dekat hotel gak.. aku pun baru baru terperasan kalau lauk ayam goreng cuma ada chicken wing.. aku try cari drumstick tak dak... semua chicken wing.. then ask my fren then dia kata kat most semua makan chicken wing.. lepas lunch balik ke hotel and lps tu jalan2 cari ikan terubuk masin and barang2 nak shopping bawak balik.. malam my fren bawak pegi bukit Kanada.. i dont know why panggil Bukit Kanada but kat situ la the 1st telaga minyak discover plus dia punya pemandangan boleh nampak satu Miri.. superb..!

Monday 9 January 2006, bangun pagi dan and breakfast.. pukul 10.00 am my fren dah tunggu dekat lobi and dia amik leave sebab esok nak raya haji ka or nak bawak aku and family jalan tapi dia kata dia amik cuti sebab kena beli barang2 utk raya esok.. nevermind laa.. and thank him a lot.. Zul, I owe you so much! check out pukui 2.00pm.. pukul 10 tu dia bawak pegi tunjuk pantai yang first jepun mendarat .. dia kata kat sini banyak bom2 yang tak meletup lagi.. so aku ajak dia blah la.. satgi terpijak bom ka apa ka.. naya jaa tak leh raya haji.. then dia tunjuk trek budak2 Miri drag.. perghhh.. memang sempoi.. trek ni dulu asalnya Shell punya airport tapi dah tak guna dah.. then boleh gak tengok budak2 Miri layan drag 400 meter.. gila betui.. masa aku sampai tu ada 2 bijik keta nak tengah test.. sebijik Toyota KE 10.. sezaman ford escort.. gila old skool... pakai enjin supercharger levin 4ag main ngan Subaru Impreza yang latest punya.. owner tu budak Brunei.. i heard that depa bet around 30K Brunei Dollar... gila betul... aku tengok starting sampai habis and guess what? Subaru kena titik denga Toyota Ke 10 aka Toyota Buah kana bak org penang kata... gila punya laju toyota tuhhh... then banyak lagi keta aku tengok kat situ.. Skyline r34, RX7, Evo7, Satria enjin GSR, Mazda 323 convert to B8 enjin nissan Sr13 pun ada.. tapi yang semua keta mahai2 macam skyline, rx7 tu semua akau rasa budak2 Brunei.. kat sana keta murah.. kat sana Vios cuma 18K Brunei Dollar kalau convert RM baru rm36K.. gila betul punya murah...

lepas tu kitaorg gerak pegi Taman Buaya.. just melawat ja la.. then lepas tu cari kotak nak packing barang2.. balik hotel kemas apa yang patut and we off to airport .. sampai KLIA terus balik Penang sebab esok nak raya beb!

Friday, January 06, 2006

Good New

this one amik dari Berita Harian.. what a good new for today

Sharon nazak akibat pendarahan otak serius

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, nazak akibat pendarahan otak yang teruk, menyebabkan negara Yahudi itu yang akan menghadapi pilihan raya umum tiga bulan lagi, dilanda kebimbangan.

Sharon (gambar), 77, yang digelar ‘Bulldozer’ oleh pihak Yahudi dan dikenali sebagai ‘pembunuh Sabra dan Shatila’ di kalangan orang Islam, menjalani pembedahan menyedut keluar darah dari otaknya selepas dikejarkan ke hospital malam kelmarin.

Doktor menyifatkan keadaannya ‘serius’ dan kuasa kerajaan Israel kini diberi kepada timbalannya, Ehud Olmert. Doktor menggantung pembedahan Sharon selama enam jam tetapi dia dimasukkan semula ke dewan bedah apabila mengalami komplikasi.

“Perdana Menteri dimasukkan semula ke dewan bedah kerana ada bahagian yang perlu dirawat.

“Pembedahan diteruskan beberapa jam lagi. Sebahagiannya perlu dibedah dan sebahagian lagi perlu diberi ubat berbeza. Keadaannya serius,” kata Pengarah Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, Shlomo Moryussef.

Sementara itu, sumber kanan politik dilaporkan sebagai berkata: “Keadaannya nampak amat teruk. Saya tidak tahu jika dia akan sembuh.” Sharon dikatakan lumpuh di bahagian bawah badan ketika tiba di hospital yang dikawal ketat.

Dia dimasukkan ke hospital beberapa jam sebelum dijadualkan menjalani prosedur membetulkan lubang kecil pada jantungnya untuk mengelak serangan angin ahmar yang dialaminya 18 Disember lalu.

Keadaan kesihatan Sharon mengucar-kacirkan semua ramalan pilihan raya sebelum ini, yang menjangka parti baru pimpinannya, Kadima, menang besar.

Pakar perubatan berkata, pembedahan dijalani Sharon berpotensi mengancam nyawa dan jika selamat sekali pun, Sharon akan lumpuh.

Walaupun sejak menjadi Perdana Menteri, Sharon seolah-olah mahukan perdamaian dengan Palestin, umat Islam tidak melupakan peranannya yang tidak menghalang pelampau Kristian dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila 24 tahun lalu. Ketika itu, dia memegang jawatan Menteri Pertahanan. – Agensi/AFP

Off to Miri today


Today after work dalam pukul 6 lebih terus gerak ke K sebab tomolo pegi Miri for vacation.. naik air asia, murah, rm120 per head pegi balik.. so total rm 240 (wife and me) + rm40 (daughter) = rm 280 untuk tambang.. hotel dalam rm100 sehari x 2 hari = rm200, supir = rm50 utk 2 hari.. so grand total rm530 tak campur makan lagi... hahaha.. but what a spoil sebab my digital camera roasak plak last week, masuk bateri tak leh on.. aiyohhhh! tgk sat lagi kalau sempat masa keluar semayang jumaat nak pi ushar digital kamera bodo bodo dah la utk pi Miri ni.. by the way, minggu lepas kilang aku buat Inventory.. mampus kejang jari kelinking key in data and verify and modified system... thak god semalam dah print semua report and ada 2-3 report tak tally 2-3 sen.. bos aku amend that report sebab dia kata buang masa ja spend whole day utk cari 2-3 sen tu.. tak berbaloi... hahaha... so lega la.. and lastly aku harap hotel yang aku book tu ada astro sport cenel.. kalau boring boleh gak layan :P