Inside My Brain, Nothing Much

Friday, December 04, 2009

2nd Place

-Hari Selasa lepas aku ngan wife amik cuti pasai cikgu sekolah Qistina ada perjumpaan ibu bapak atau atau di kampung lebih dikenali pi amik buku rekod

- Sampai sekolah, aku antar Qistina pi sekolah dulu then mak pak pi brekpes dulu
- lepas brekpes, mak aih ramainya mak pak dok tunggu nak diskas ngan cikgu serta nak amik buku rekod

- cikgu bagi kerusi utk kami duduk tapi aku takmau duduk sebab kerusi rendah sgt.. kalau aku duduk aku rasa lutut aku boleh berlaga dagu

- ada satu parent tu punya la lama dok diskas ngan cikgu dia.. macam2 la dia dok cita pasai anak dia.. anak dia ni dah besa pi US la, Hong Kong la, UK la tapi still pendiam... pastu dok cakap kat cikgu dia, anak2 dia kat umah ada komputer sorang satu sebab anak dia tak berkawan ngan orang.. pastu cakap lagi kat teacher dia kata "I kat rumah jarang cakap BI ngan anak I takut nanti dia tak biasa cakap melayu plak..." podahhhhh!!!! org lain berjalan keliling dunia tak cerita kat sapa pun, org lain ada komputer sorang lapan tak bising pun... org lain anak cakap arab kat umah tak kecoh pun

-tiba time aku ngan bini aku plak pi jumpa teacher dia selepas parent tadi mengomel sampai aku nak rasa muntah keluaq roti teloq bekpes tadi... cikgu dia bagi ketas exam ngan buku rekod... BM full mark, Math 98%, BI 96%, Science 92%.. ok laaa... banyak yang dia salah tu bukan dia taktau, dia careless... pastu sembang semua lebih kurang cikgu dia keluaq satu kertas and bagitau "Your daughter dapt 2nd place in class" haaa??? biaq betoi... hahahahah.. aku dah mula start kembang pungkoq and dok jeling2 kot2 parent yang jumpa ada lagi.. boleh aku nak habaq kat teacher dia abak aku cakap bahsa jerman kat rumah tapi aku cakap bahsa melayu... wakakakakaka

- Lepas tu bawak balik Qistina teruih pi beli hadiah... tak rugi antaq anak aku pi sekolah awai... heheheh

9 Comments:

At 10:41 AM, Blogger Norliana Abdul Rahman said...

congrats qistina!! sgt terer okeh!!

moga2 mak pak yang kepochi tadi dengaq la result anak hang muaakakakka..

btw..mcm mana anak nak bergaul dgn org.. komputer pun sorang satu.. mmg ler susah nak bergaul dgn org!

 
At 12:38 PM, Blogger JohnLabu said...

gila apa.. nak bagitau kata anak dia dah pi jalan2 satu donia.. cakap melayu slang mat salleh plak tu..

 
At 4:07 PM, Blogger ejaescobart said...

john, anak hang dah masuk derjah 1 ka?

 
At 7:48 AM, Blogger JohnLabu said...

anak aku tahun depan baru 6 tahun

 
At 1:06 PM, Anonymous Sad said...

Biasa la depa nak habaq la depa dah journey satu donia. So what education bermula dirumah la kan... anyway congrat dekat qistina naaa.

 
At 1:43 PM, Blogger JohnLabu said...

nanti aku nak soh qistina pi ohio mintak duit raya kat hang sad

 
At 2:57 PM, Blogger Nomee said...

Tahniah John woiii.... bertuah badan. Anak hang kecik-kecik dah bijak. Ikut sapa lah tu?

 
At 7:49 AM, Blogger JohnLabu said...

hehehe.. jgn ikut aku.. nanti jenuh aku nak kawal hahahahah

 
At 11:34 PM, Blogger Ahmad Javanese said...

Fulamak! walaupun aku lambat baca... bagus bagus. hang bagi anak hang makan ubat steroid otak apa ni john? heheheheh....

 

Post a Comment

<< Home