Dating = Tetak
Terbaca this one from Harian Metro Online.. bahaya oo sekarang ni... sib baik aku dah kaween dah.. kalau tidak mau kena tetak jugak aku ni.. heheheh :P
Edisi Utara: Kena tetak!
Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my
TASEK GELUGOR: Seorang remaja cedera di tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mendakwa mangsa membawa anak perempuannya keluar bersiar-siar.
Kejadian berlaku jam 9 pagi semalam di sebuah kedai kopi di Kampung Selamat apabila suspek berusia 56 tahun membawa parang dan memasuki kedai berkenaan.
Kebetulan mangsa yang berusia 16 tahun berada dalam kedai berkenaan yang juga milik bapanya.
Sebaik ternampak mangsa, suspek menyerangnya tetapi mangsa cuba mempertahankan diri menggunakan tangan kiri menyebabkan dia mengalami kecederaan.
Difahamkan, suspek turut menjerit mahu membunuh mangsa kerana mendakwa remaja lelaki itu membawa anak perempuannya yang berusia 20-an bersiar-siar.
Pemilik kedai berkenaan yang melihat kejadian itu cuba membantu anaknya dengan mengambil kerusi dan menghalang suspek sambil dibantu beberapa pelanggan yang berada dalam kedai.
Suspek kemudian ditahan sebelum diserahkan kepada polis manakala mangsa yang cedera di tangan kiri menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Mazlan Lazim mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam manakala suspek dihadapkan ke Mahkamah Masjistret, di sini, hari ini untuk perintah tahanan reman