Sayoq
Malaysia 0 UAE 5
Camni punya result nak layak masuk Piala Dunia.. Mat Jenin pun tak angan2 macam ni
Malaysia 0 UAE 5
Aku tak tau pasai apa kat telinga aku dok teringat lagu Chaos AD, Davidian, Kaiowas etc... teringat aku zaman belajaq dulu dok ikut memba2 ppp pi jamming kat studio black widow kat PJ... hari jumaat lepas kelas pinjam moto orang, aku ngan apan or rr pi kat studio black widow pi booking bilik utk hari sabtu.... pastu pi hari sabtu tu pi naik bas turun kat kwsp jalan kaki pi studio tu... memang nostalgia sungguh... ada satu hari tu jamming sampai tali bass putuih... wakakaka.... last last konon2 nak lari la tak mau bagi tokei studio black widow tu tau.. pastu masa dah keluaq tokei tu panggil... tobek kena bayaq.... wakakakaka.. kena bayaq kalau tak silap aku dalam 25 hinggit...
I got this one from my friend.. bila baca balik memang ada kebenaran tentang teori ni
Paparan saya, Tafsiran anda...
Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah
oleh Ibnuyaacob
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang
Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana
mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia
bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan 'menyerang' itu
sebagai 'salah satu faktor'.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan
penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada
pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin
Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus
diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
"Semua masyarakat dunia
menyembahnya sebagai Tuhan"
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang
menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi2. Nabi Isa a.s.3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan
ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah
dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan
Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis,
Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih
memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang,
media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika
dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan
minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan
'mencuri minyak' oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi
tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan
dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah
kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun
dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith 'misi' Imam Mahdi dan Nabi Isa
a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith
seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah
pun dilaksanakannya sekarang.
"Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening
lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan
dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman
dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun."
(Riwayat Abu Daud dan
Hakim)
"Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan
mereka dengan izin Allah ."
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang
dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam.
Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang
genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui
hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran
Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan 'diturunkan' dari kerajaan langit
bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar
Dajjal ialah ….
"Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan
peperangan di negara-negara Islam"
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan
bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam
Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri
iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi
fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi
adalah bersifat manusia biasa yang 'akan dilahirkan' oleh seseorang di atas muka
bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari 'individu-indiivdu' yang
dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini
saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari
ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi
Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
· Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal
menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama'
harus diambil kira.
· Pandangan ulama' perlu
bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya
amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita
mengambil maklumat dari hadith, ulama' dan faktor sejarah, maka keputusan
tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 :
Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari
keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan
Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
"Al-Mahdi
berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah."(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu
Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu
mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut
pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka
dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah,
tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua
negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq.
Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan
wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang
dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah
berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara
kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya
walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas
Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para
perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata
dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi
kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi
menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam
Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut
Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal
keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah 'berjaga-jaga'
menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita
terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak
cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan
Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006,
Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung
Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera
udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan
CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober
2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15
kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah
kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan
kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam
Mahdi adalah orang kaya Muslim
"Pada akhir zaman akan muncul seorang
khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan
selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungny
a."(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan
maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah
seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam
mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
"Semua orang
kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya."
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah
bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti
orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE.
Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat
dengan perjanjian-perjanji an konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka
adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat
mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah
lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat
diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang
dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulan
Pada
pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai
ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya
sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau
tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu'alam
Renung-renungkanlah .....
I got this mail from my officemate at my HQ at PJ. Happy laughing...!!!
Dear *tut*,
Regarding request Streamix,
Before request, I ask
and get advice from *tut*. *tut* just said Kamunting and BM for temporary use
Streamix because process installation MPLS take time (until here *tut* please
comment if what I state incorrect) and then I discuss with *tut*, elaborate and
advice to him this situation. So he agree request this Streamix and before
summit I get approval from *tut* (Technical Manager). All billing address under
*tut tut* and will back charge to *tut*.
All this happen I know
before you inform to me all IT facilities will care by *tut*. If you want me to
cancel, today I will go to TM.
Thank you
Tarikh 05 January 2009