Inside My Brain, Nothing Much

Wednesday, November 08, 2006

Footbal Extra

(L) BIRMINGHAM V LIVERPOOL


Channel: SuperSport(80)
Date: Thursday, November 09, 2006
Time: 3:40:00 AM
Synopsis:
LIVE: Carling Cup 2006/07: Round 4: Birmingham vs Liverpool, from St Andrew's Stadium, Birmingham.

You'll Never Walk Alone

Monday, November 06, 2006

Kops 2 Reading 0


Aku harap Benitez boleh maintain this squad for future match.. jgn la dok rolling player lagi sebab sekarang bukan masa utk eksperimen player.. kalau nak try masa frenli dulu.. apa2 pun You'll never walk aloone.. btw, another good new, Spurs 2 Chel$i 1.. wohoooooooo!

Nur Qistina vs Nur Hizqin



Ni la best friend Qistina, anak menakan aku (anak adik aku), merangkap sepupu anak aku, Nur Hizqin @ Kuin (nama timangan). Depa dua orang ni cukup rapat sampai ada sekali tu aku bawa kuin ngan qistina pi Carrefour cashier tu boleh tanya aku "anak kembaq ka?"... heheheh.. apa yang kuin buat mesti qistina pun tiru sama and vice versa.. refer gambaq diatas, memula tu kuin buang baju sebab nak pi mandi lepas tu anak aku pun dok kalut suruh ibu dia buang baju.. then bila kuin pi mandi kena mandi 2-2 orang.. kalau tak, 2-2 tak mau mandi... lepas tu kalau 2-2 lepas mandi, aku pun boleh tak cam mana satu anak aku, mana satu anak adik aku.. muka pun dah nak seropa sikit2.. hehehe

Happy Belated Birthday Qistina




13/10/2006 genap umoq anak aku 2 tahun. Dah besaq dah anak aku and aku ngan bini aku buat la simple birthday party kat Qistina. Beli kek beli fastfood McD lepas tu Qistina blow lilin aku makan Mc D.. hehehhe

Friday, November 03, 2006

Footbal Extra

(L) LIVERPOOL VS. READING

Channel: ESPN(81)
Date: Saturday, November 04, 2006
Time: 10:55:00 PM
Synopsis:
English Premier Football League from Anfield Stadium, Liverpool : Liverpool vs. Reading

Cerita Basi



Cerita aku ni maybe dah basi dah kot tapi aku nak cerita jugak sebab dah tadak modai nak blog. Kejadian ni terjadi masa bulan posa lepas. Aku tak ingat hari apa and berapa haribulan but kejadian ni terjadi masa aku balik kerja. Masa balik kerja hari tu punya la jam. Selalu kalau jam kat perai ni mesti salah satu dari 3 events terjadi. 1st roadblock polis/jpj, 2nd accident and third pekerja kilang dekat dengan jalan buat piket/riot/demo mintak gaji naik/minta pampasan/minta bonus/minta sila bunyikan hon anda tanda sokongan.

Sampai ja dekat T-junction tu aku tengok punya la ramai orang and aku pun sempat snap 2 gambaq accident tu. Lori kontena terbalik timpa kancil yang parking dekat luaq. Perghhh.. tengok gambaq kancil tu jadi roti pat sagi.. tapi unbelievable tadak sapa yang mati. Esoknya aku baca paper kata mamat kancil tu baru 1st day kerja kat kilang tu and kena parking luaq sebab tak dak pelekat kereta lagi and nasib dia baik sebab dia punya working hour start 8 pagi sampai 5.15pm. Lori kontena tu timpa keta dia pukul 5.00pm. Tapi betul la kepada sesiapa yang kerja kat Perai ni, lori kat sini bawak macam nak race kat F1. Gila babi punya laju siap bawak lebih muatan lagi. Lagi lagi kalau lori yang bawak besi nak pi hantaq kilang besi kat perai ni.. Gila babi punya lebih muatan. Nanti kalau lori tu lalu aku snap gambaq and post kat sini. Aku dengaq cerita dah banyak kali dah orang report kat JPJ tapi time roadblock ja mesti lori tu tak laalu. Makan rasuah ka?