Inside My Brain, Nothing Much

Friday, November 03, 2006

Cerita Basi



Cerita aku ni maybe dah basi dah kot tapi aku nak cerita jugak sebab dah tadak modai nak blog. Kejadian ni terjadi masa bulan posa lepas. Aku tak ingat hari apa and berapa haribulan but kejadian ni terjadi masa aku balik kerja. Masa balik kerja hari tu punya la jam. Selalu kalau jam kat perai ni mesti salah satu dari 3 events terjadi. 1st roadblock polis/jpj, 2nd accident and third pekerja kilang dekat dengan jalan buat piket/riot/demo mintak gaji naik/minta pampasan/minta bonus/minta sila bunyikan hon anda tanda sokongan.

Sampai ja dekat T-junction tu aku tengok punya la ramai orang and aku pun sempat snap 2 gambaq accident tu. Lori kontena terbalik timpa kancil yang parking dekat luaq. Perghhh.. tengok gambaq kancil tu jadi roti pat sagi.. tapi unbelievable tadak sapa yang mati. Esoknya aku baca paper kata mamat kancil tu baru 1st day kerja kat kilang tu and kena parking luaq sebab tak dak pelekat kereta lagi and nasib dia baik sebab dia punya working hour start 8 pagi sampai 5.15pm. Lori kontena tu timpa keta dia pukul 5.00pm. Tapi betul la kepada sesiapa yang kerja kat Perai ni, lori kat sini bawak macam nak race kat F1. Gila babi punya laju siap bawak lebih muatan lagi. Lagi lagi kalau lori yang bawak besi nak pi hantaq kilang besi kat perai ni.. Gila babi punya lebih muatan. Nanti kalau lori tu lalu aku snap gambaq and post kat sini. Aku dengaq cerita dah banyak kali dah orang report kat JPJ tapi time roadblock ja mesti lori tu tak laalu. Makan rasuah ka?

1 Comments:

At 9:42 AM, Blogger Norliana Abdul Rahman said...

mamat kilang tu mmg nasib baik betulla... tapi kesian aa tgk kereta dia hancur mcm tu...

 

Post a Comment

<< Home