Inside My Brain, Nothing Much

Wednesday, July 11, 2007

Malaysia buat kejutan

Malam tadi team bolasepak mesia telah membuat kejutan kepada peminat mereka dalam AFC Cup dengan kena belasah dgn China 1-5. Host lain semua menang or seri dalam opening game tapi Malaysia yang main macam tadak basic main bola telah diajar oleh China macam mana nak main bola... nak kata penyokong tak mai bagi sokongan, aku tgk kat tv ramai jugak yang mai..

Malaysia kena belasah (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR – Malaysia membuka kempen Piala
Asia dengan kekalahan memalukan apabila dibelasah China 5-1 dalam perlawanan
Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kekalahan itu menjadikan
Malaysia satu-satunya pasukan tuan rumah yang mencatat pencapaian terburuk dan
kalah berbanding tiga lagi tuan rumah Piala Asia kali ini iaitu Thailand,
Vietnam dan Indonesia.
Sebelum ini, Thailand seri 1-1 dengan Iraq, Vietnam
menewaskan UAE 2-0 manakala Indonesia menewaskan Bahrain 2-1.
China memulakan
pesta jaringan mereka dengan bergaya apabila mudah memperkotak-katikkan
pertahanan Malaysia dengan hantaran bola tinggi.
Seperti diduga, skuad negara
yang berkedudukan 149 - terendah dalam pusingan akhir ini bukan tandingan
langsung buat naib juara 2004 itu yang menghuni tempat ke-76 dunia sekalipun
beraksi di depan kira-kira 18,000 penyokong sendiri.
Sebaliknya China yang
diperkuatkan empat pemain berpangkalan Eropah seperti Zheng Zhi (Charlton
Athletic), Sun Jihai (Manchester City), Dong Fangzhou (Manchester United) dan
Shao Jiayi (Energie Cottbus), tampak begitu sukar untuk dijinakkan.
Anak
buah Norizan Bakar tewas kali pertama pada minit ke-15 oleh tandukan pemain
China, Han Peng sebelum diikuti gol kedua Jiayi pada minit ke-40.
Tuan rumah
sekadar beroleh beberapa percubaan yang sempat mengancam gawang pelawat
antaranya menerusi Hardi Jaafar dan Hairuddin Omar
Sekalipun semangat juang
dan sokongan masih tidak memadai untuk menandingi China, anak buah Norizan terus
mudah diratah di babak kedua.
China memperoleh gol ketiga ketika barisan
pertahanan negara alpa untuk membolehkan Wang Dong menanduk masuk pada minit
ke-51.
Empat minit selepas itu, China menambah lagi jaringan sekali lagi
menerusi Han Peng apabila sepakannya terkena pemain Malaysia sebelum meleret
masuk mengelirukan penjaga gol negara, Azizon Abdul Kadir.
Selesa di depan,
China mengeluarkan beberapa pemain utamanya selepas itu dan mula memperlahankan
rentak permainan.
Ini membolehkan Malaysia mencuri satu gol menerusi jaringan
cantik pemain gantian, Indra Putra Mahyuddin yang menyepak dari luar kotak
penalti untuk menggegar jaring pada minit ke-74.
Gol itu bagaimanapun tidak
cukup untuk Malaysia terus menambah jaringan sebaliknya China menutup tirai
jaringan dengan gol kelima menerusi Wang Dong dalam masa kecederaan.
Gol
kedua peribadi Wang Dong itu menyaksikan Malaysia menutup permainan dengan hampa
sambil laluan sukar menanti untuk dua lagi baki perlawanan menentang Uzbekistan
dan Iran selepas ini.

1 Comments:

At 12:24 AM, Blogger ronie said...

hmm.. topik yg aku rasa malas nak bincangkan... malu aku as a part of malaysian football fans... malu..malu... (teringat aku masa kat terminal airport k.kinabalu dimana ada satu poster besar nike dgn gaya sorang pemain melesia menggelecek bola.. tapi sayangnya x sorangpun foreigners yg jeling poster tuh..)

 

Post a Comment

<< Home