Inside My Brain, Nothing Much

Friday, March 09, 2007

Aku kena tagged

6 wierd thing about me.. sebenaqnya banyak benda pelik kat aku ni tapi bila pikiaq balik aku tak tau nak tulih apa.. banyak benda pelik kat aku tapi aku tak pernah realize.. tapi aku akan list out 6 benda yang betui betui pelik yang aku rasa memang weird pun..

1. Bangun pagi mesti korek hidung - aku tak tau pasai apa aku bangun pagi mesti korek hidung dah jadi macam benda wajib dah. Sebab kalau aku bangun tak korek hidung aku rasa macam susah nak bernafas and tersumbat padahal ok ja idung aku sedut oksigen. Alhamdulillah. Tapi kalau aku tak korek hidung bila bangun tidoq aku rasa macam penuh hidung aku and rasa tak complete hari tu

2. Kalau nak tidoq aku kena ada selimut - kalau tak dak selimut macam tak complete la tidoq walaupun hari tu panas aku akan selimut juga badan aku and lepas tu aku bukak selimut pasai dah berpeluh. Yang peliknya, kalau tidoq siang pun aku akan selimut juga. Aku tak tau pasai apa at least aku kena selimut paling sikit pun dekat kaki

3. Kalau nak pi mana mana naik keta aku mesti tekan tayar keta check pressure and bunga tayar - benda ni aku rasa jadi masa aku pakai iswara dulu. Tayar keta aku pecah atas highway lepas R&R Sungai Perak. Masa tu aku tengah laju and tiba tiba keta aku jadi bergoyang goyangand sib baik tayar keta aku tak pecah meletup. Kalau tidak aku tak boleh la nak tulis pasai benda pelik ni lagi. Actually tayar aku pecah sebab kena besi atas highway and maybe (aku rasa) angin tayar aku kurang and lepas pada tu kalau nak pi mana2 especially jalan jauh aku mesti tekan tayar keta aku (walaupun tayar aku dah ok)

4. Aku tak boleh makan pagi/breakfast - ni satu lagi benda pelik kat aku. Aku memang takleh breakfast sebab kalau aku makan pagi mesti aku akan pi jamban nak terberak. Lepas breakfast ja tak sampai 5 menet perut aku dah meragam dah and paling lama pun aku boleh tahan 1/2 jam ja.. lepas tu aku kena pi cari jamban pasai rasa nak terberak sgt2 and kalau aku sampai pagi kat kilang and naik kantin just minum teh o ngan isap rokok pun aku tak boleh. Turun ja opis aku pi jamban dulu and time selamat aku makan ialah pukui 11 ka atas baru ok

5. Time tengok bola bila time player tu nak score kaki aku mesti tergerak2 sama - aku tak tau pasai apa, rasa macam aku plak nak sepak bola tu masuk dalam gol. Ni bukan kat stadium saja, kalau layan kat TV pun mesti jadi macam ni. Tapi kena kaver gak malu oo org tengok.. hahahahah

6. Aku set jam aku cepat 15 menet - hehehe.. nak tau pelik dia pasai apa.. semua jam yang aku ada semua aku set bagi cepat 15 menet. Jam tgn aku, jam keta aku, jam rumah aku cuma jam astro ja aku tak set bagi cepat 15 menet. Aku tak tau pasai apa, tapi aku rasa nak bagi aku punctual kot konon2 tegok jam tu dah lambat tapi sebenaqnya aku awai 15 menet. Kalau pi kerja pun aku sampai sam aku tunjuk pukui 7.45 or 7.50 tapi actual time dia baru pukui 7.30. Masa atas moto tu saja buat gel;abah naik laju sikit padahal aku mmg tau jam aku cepat 15 menet and sampai ja baru 7.30 pagi.. fuhhh awai lagi... hehehehehhe

2 Comments:

At 9:44 AM, Blogger konot said...

yeay! john dah buat!. weihh..yg korek hidung tu mmg pelik la.. heheh..lawak! lawak!

 
At 8:12 PM, Blogger Hezrin Ahmad said...

ha..hahh..hhahah...mcm2 perangai kawan aku

 

Post a Comment

<< Home