Mankidul
Aku terbaca Berita Harian Online tadi and nak tergelak pulak.. mankidul ni dulu punya la cengei dalam rancangan 999 last2 sekali paper hari ni dia kena tangkap pasai isap dadah.. heheh...
Pengacara 360 didakwa salah guna dadah
JOHOR BAHRU: Wartawan penyiaran
TV3, yang juga pengacara rancangan 360, Mazidulakmal Sidek, 40, didakwa di
Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menyalahgunakan dadah.
Dia
didakwa bersama enam yang lain, termasuk seorang anggota polis dan seorang
anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasukkan dadah jenis
'methamphetamine' ke dalam badan masing-masing, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta
Dadah Berbahaya 1952.Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 88,
Groove City Sdn Bhd, Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir di sini, pada jam 2.45
pagi, Sabtu lalu.Mazidulakmal, anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Mohd
Nasir Jamil, 23 dan anggota JPJ itu, Johari Mohamed, 34, mengaku tidak bersalah
selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.Turut tidak mengaku bersalah, penerbit
rancangan TV3, Fadzli Ramli, 40; Johari Sarkon, 34 dan dua wanita, Tumijah
Adras, 34 dan Umaisyah Abd Rahim, 25.Jika sabit kesalahan mengikut seksyen itu,
semua mereka boleh dihukum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000.Johari
bagaimanapun, menghadapi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 12(2) akta sama
kerana memiliki dadah jenis pil eramin 5 seberat 0.3 gram, sabit kesalahan boleh
dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta berkenaan.Pendakwaan dilakukan Pegawai
Pendakwa, Cif Inspektor David Chong Seng Yung di hadapan Majistret Rasidah
Ramlee.Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A Vimala manakala lima tertuduh
lain tidak diwakili peguam.Rasidah kemudian menetapkan perbicaraan kes itu pada
24 September ini dan memerintah semua tertuduh dikenakan jaminan RM2,500 dan
RM3,000 setiap seorang.Sementara itu, TV3 dalam kenyataannya petang semalam,
berkata pihaknya mengambil berat kes yang membabitkan kakitangannya.Stesen itu
akan menunggu perbicaraan kes yang dijadualkan pada 24 September ini sebelum
mengambil tindakan susulan.“TV3 juga akan membiayai kos guaman dan pembiayaan
lain yang berkaitan bagi kedua-dua kakitangan itu,” katanya.
1 Comments:
tu la pasal...memang memalukan aa..lepas ni 999 ataupun 360 leh la nengok kes dia plak!
Post a Comment
<< Home